(Gambar 1)
(Gambar 2)
TOLONGLAH BACA BAGI YANG ADA GITAR! Baca sekali pun jadilah!
Tahun 2015 lepas, sebanyak 97 buah gitar kami terima untuk pembaikan kerana rosak akibat terdedah kepada cuaca panas. Tahun ini, setakat bulan Ogos sekarang, sudah 63 buah.
Ini menandakan banyak orang tidak tahu, atau culas di dalam menjaga gitar mereka. Mereka suka mendedahkan gitar mereka kepada suhu panas. Akibat dari itu, gitar mereka akan terkopak terutamanya di bahagian bridge(rujuk gambar yang ada caption warning)
Lagi teruk, bahagian belakang bridge menjadi mengelembung besar, rujuk gambar yang ada pembaris itu, lihat di kiri dan kanan body celahan pembaris adalah luas menandakan body gitar itu mengelembung dengan besar. Untuk membaiki kerosakan itu menelan kos yang besar! Jika anda memakai gitar bajet, kosnya sudah hampir sama umpama membeli gitar baru!
Gitar majoritinya dibuat daripda kayu, jadi sememangnya sifat kayu jika terdedah kepada haba panas akan melengkung dan bolah rosak. Jadi elakkan cuaca atau keadaan panas seperti tepi tingkap atau di dalam kereta yang dibiar di tengah panas. Sekali sekala terdedah itu ok, tapi jangan selalu! :)
Admin,
Strummer Music & Arts.
Whatsapp: 011-1535 9708, 012-2056140
Ofis dan Fax: 03-3393 3101
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda sedang disahkan oleh admin. Sementara itu teruskan membaca posting-posting lain. Ia pasti akan membantu permainan gitar dan ukulele anda. Thanks