Paling penting, kita juga akan membeli alat untuk persediaan membaiki kerosakan kereta seperti wayar jumper untuk persediaan jika bateri kereta 'kong', spanar yang lebih tahan lasak, car jack yang lebih kuat serta pelbagai lagi alatan lain.
Ya semua peralatan ini tak wajib dibeli, tetapi jika ada, ia amat membantu kita untuk lebih berasa selesa menggunakan kereta, kerana ia boleh membantu menyelesaikan masalah jika kereta kita rosak kelak.
Maka bagaimana pula dengan permainan gitar? Cukupkah dengan HANYA membeli gitar?
Bila kita praktis gitar, kita perlu mengambil kira beberapa perkara penting yang terlibat di dalam komponen utama permainan gitar. Perkara-perkara tersebut secara asasnya adalah:
- Isu Ketepatan Masa; cthnya isu tempo. Ketepatan masa diperlukan supaya kita tidak bermain sekejap slow sekejap laju.
- Isu Tuning Gitar; Penting supaya gitar kita tidak berbunyi sumbang.
- Isu Instrument lain yang terlibat di dalam struktur lagu yang dimainkan.
- Untuk membantu kita berlatih di dalam tempo yang tetap dan stabil, alat seperti metronome boleh digunakan. Metronome berfungsi untuk membunyikan kiraan time signature sesebuah lagu mengikut tempo yang ditetapkan. Senang cakap, metronome akan tolong bilangkan "one, two, three, four--one, two, three, four" secara tetap dengan menampilkan bunyi berbentuk klik(umpama orang mengetuk). Ini memudahkan kita praktis dalam kiraan yang stabil lalu secara automatik(setelah praktis) timing permainan kita akan menjadi stabil.
- Untuk berlatih tuning gitar secara manual(pakai telinga sahaja) amat memakan masa terutamanya terhadap beginners, maka eletronik tuner diperlukan. Utk ulasan mengenai perkara ini, boleh klik di sini untuk membaca ttg kepentingan tuner dengan lebih lanjut.
- Kebanyakan lagu yang kita biasa mainkan, asalnya tidak terhad hanya kepada penggunaan alatan gitar sahaja. Ini bermaksud, lagu asal tersebut juga ada bunyi drum, bass, piano dan alatan muzik lain. Praktis di dalam keadaan terdapatnya instrument-instrument ini akan membuatkan permainan kita semakin baik dari segi skil koordinasi permainan dengan instrument lain. Maka alatan seperti rhythm machine atau audio workstation boleh digunakan untuk tujuan ini. Audio workstation, seperti di dalam gambar di bawah, boleh membunyikan bunyi drum mengikut rentak yang kita mahukan. Ia juga boleh(bergantung kpd model) membunyikan metronome, menjadi tuner, malah berkemampuan untuk merekod permainan kita secara banyak lapisan rakaman(multitrack recording) Ini membolehkan kita lebih senang mencipta lagu! Terdapat juga perisian-perisian komputer yang kita boleh gunakan. Perisian-perisian ini akan bertindak menjadikan komputer kita umpama audio workstation.
Zoom R8: Audio workstation/alat bantu belajar yang disediakan di studio kami. |
Rumusan ringkasnya, alatan-alatan diatas akan membantu kita praktis dan bermain gitar dengan cara lebih menyeluruh, menyenangkan dan menyeronokkan.
Nota Penting:
Perlu diingat bahawa alatan ini bukanlah wajib dibeli. Bukan sampai tahap kalau baru nak beli gitar mesti kena beli alatan-alatan diatas. Jika anda hanya baru membeli dan berjinak-jinak dengan permainan gitar, ditambah dengan kekurangan wang, tak perlu risau, anda boleh untuk tidak membeli alatan-alatan diatas lagi.
Bagi otai-otai, perkataan audio workstation sememangnya memberi maksud yang luas dan tidak hanya kepada maksud yang dinyatakan diatas. Maka perlu difahami bahawa penggunaan terma audio workstation di dalam artikel diatas hanyalah untuk memudahkan kefahaman banyak orang, beginners/intermediate khasnya. Isu ketepatan masa cthnya hanya diulas dari sudut isu tempo sahaja, ini untuk mengelak beginners kurang faham jika isu lain turut dijelaskan, spt cthnya isu time signature.
- Sila ke web utama kami iaitu www.pakejkelasgitar.com untuk mengetahui pakej kelas gitar yang kami tawarkan pada 70% - 85% lebih rendah dari harga pasaran. Atau klik sini utk maklumat kelas gitar, atau sini utk maklumat kelas ukulele.
- Like juga page facebook kami di sini.
- Atau kalau nak masuk kelas belajar gitar, nak beli gitar, nak repair apa-apa alat muzik, atau apa-apa sahaja pertanyaan berkenaan muzik, terus whatsapp 011 1535 9708 jer :)