Wednesday, January 29, 2014

Update Terbaru Jan/Feb 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong kami sejak sekian lama(sudah hampir 10 tahun!).

Kami juga mengucapkan ribuan maaf kepada yang menelefon, sms dan email dan menyatakan minat untuk menghadiri Pakej Kelas Gitar dan kami terpaksa menolak permohonan anda kerana kelas sudah penuh dan guru-guru dibebankan dengan terlalu banyak pelajar.

Namun begitu, sukacita dimaklumkan, mulai Feb 2014 kami sudah mula membuka pengambilan pejajar baru untuk kawasan Kampung Melayu Subang, Puncak Perdana, Saujana Utama, Puncak Alam dan Meru serta kawasan sekitarnya.

Butiran kelas adalah seperti berikut:

  • Tempat: Rumah anda. Ini kerana tampat kami di Wangsa Maju, Kota Damansara dan Cheras sudah penuh dengan pelajar. Maka kami mengambil pelajar yang boleh belajar di rumah sendiri, ini bermaksud guru akan pergi ke rumah pelajar.
  • Hari: Isnin - Jumaat.
  • Masa: Pagi (10-11 pagi), Petang (4-5 petang), Malam (8.30-9.30 malam)- masa boleh diubah mengikut kesesuaian masa pelajar, ini bukanlah masa yang tetap.
  • "Pakej Kelas Kitar RM400" bergantung kepada stok gitar, ini bermakna jika tiada stok, kami mengesyorkan anda mengambil kelas sistem bayaran bulanan iaitu RM80 sebulan(Jauh lebih murah dari kelas lain yg sekurang2nya RM110 sebulan!). Ini kerana kilang gitar kami di China mengalami sedikit masalah jadi selalu kekurangan stok gitar. 
 Boleh hubungi 012-3550165 atau 03-3393 3101. Sila SMS jika saya tidak jawab call kerana saya sukar menjawab call ketika di dalam studio.

Terima kasih. Jazakallah khair.